Thursday, May 23, 2013

kek pelangi karemel

KEK PELANGI KAREMEL

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder     70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis
D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar


Gini posing biasa aku tengok kalo orang buat kek karamel nih..baru nampak yer dak.. ok tak pilihan warna ni? Agak2 napa warna biru tu harus ada..haihh.. ;)



Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)



0 comments:

Post a Comment